SINOPSIS LEFTENAN UMAR AKIF 2.0
Bini yang mengandung, dia yang mengidam!
Itu yang berlaku pada Leftenan Umar Akif. Pembawakan budak tanpa disedari, menyebabkan team Yodha pening kepala. Perangai Akif yang berubah tiba tiba buat mereka ternganga.
Hari pertama, Akif minta mereka curi magga dari pokok yang penuh dengan Kerengga.
“Panjat Ziman. Atas tu. Ambil yang muda-muda. Yang kecik-kecik.” - Leftenan Umar Akif
“Cepat Ziman. Air liur dia dah meleleh dah ni.”
- Kapten Zulu
“Abort! Abort! Abort! Penuh Kerengga atas ni,” - Ziman
Tak cukup dengan kena gigit Kerengga, Akif ajak beli rambutan dari pokok dengan harga RM 50 ringgit setangkai pulak! Dan yang menjadi mangsanya adalah Kapten Zulu.
“RM50 ringgit ni aku boleh beli 8kg rambutan dekat pasar! Tak cukup dengan Iris scam aku, korang pulak pow.” - Kapten Zulu.
Saban hari, ada saja perangai Akif yang diluar kotak fikiran. Ada saja yang dia mengidam sehingga Ellia dipersalahkan di atas penyakit dia.
“Awaklah ni yang salah. Kenapa saya yang kena mengidam sedangkan awak yang mengandung.” - Akif
“Siapa suruh you menyumbang?” - Ellia
Dalam kasihan, terbit rasa geram dan sakit hati. Bukan setakat team Yodha je pening kepala. Tapi, dengan dia-dia sekali. Pukul 3 pagi Akif kejut dia semata mata suruh urutkan kaki. Baru lelap lima minit, Akif suruh urut pinggang dia sehingga Ellia naik rimas.
“Kalau macam ni perangai you, better I jelah yang alahan. Amboi! Kemain sedap nak suruh orang urut dia bagai. Sekarang ni, siapa yang mengandung? You ke I?”
“Itulah soalan saya. Awak yang mengandung, kenapa saya yang mengidam? Ingat sedap ke muntah-muntah setiap pagi. Dan anak awak ni, benci sungguh dengan Mejar Afnan. Setiap kali nampak muka Mejar Afnan, mesti dia muntah-muntah.”
Benda yang paling menular dalam kem. Semua orang tahu kisah Akif alahan dengan muka pegawai sendiri sehingga tak tahu nak sorok muka dekat mana. Malunya sampai ke tulang hitam.
Setiap hari, ada saja drama Akif sehinggalah Ellia melahirkan. Geram, namun kasihan. Sakit hati, tapi adakalanya mencuit hati. Dalam menolak jodoh, tanpa sedar lelaki itu yang paling dia cintai.
Buy Now